
MULA BERMAIN
1. Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA.
2. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing.
3. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.
TEMPOH BERMAIN
1. Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter).
Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit.
Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan.
Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.
Ofsaid, Faul dan Penalti
1. Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan.
Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira sebagai ofsaid.
Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid.
2. Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua-dua pasukan menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku perebutan bola ataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan.
